Monday 12 September 2011

LAPORAN PERBICARAAN KES MOHAN ALI & ANOR LAWAN PENDAKWA RAYA

[SULIT]


LAPORAN PERBICARAAN KES MOHAN ALI & ANOR LAWAN PENDAKWA RAYA

No Kes: 2010-1332

Disediakan Oleh:

NIK SAIFUL ADLI
Tetuan Thahirah & Partners
Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya


Tarikh:
28 Ogos 2010





1.0 PENDAHULUAN

Tarikh       : 25 Ogos 2010
Masa        : 3.15 petang
Tempat     : Mahkamah Rayuan, Putrajaya.

1.1 Latar belakang kes :

Dalam kes ini, seorang lelaki berbangsa Melayu telah ditemui mati tertanam di dalam sebuah di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 8.00 malam, 21 Mac 2009. Pasangan penjual kain berbangsa India dan isterinya yang juga merupakan penduduk tetap berasal dari Nepal telah ditahan pada 23 Mac 2009 dan mengaku tidak bersalah semasa pertuduhan dibacakan di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Mac 2009. Pada 25 Februari 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati mereka sabit bersalah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap kedua-dua tertuduh.

1.1.1   Tertuduh dalam kes ini ialah Mohan Ali dan Sameena Leeya. Kedua-duanya merupakan pasangan suami isteri yang berkerja sebagai penjual kain di Bazar MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
1.1.2   Mangsa dalam kes ini ialah Hassan Mohamad Salleh, seorang Jurutera Kanan di JKR Kuala Lumpur.
           
1.2 Latar belakang mahkamah

Hakim yang mendengar kes ini ialah Yang Arif Dato’ Mokhtar Zahari, Hakim Mahkamah Rayuan. Pihak Pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendawa Raya Mohamad Yusuf Ahmad manakala perayu diwakili oleh Karamjit Singh daripada Tetuan Karam Laut & Co. Tiada jurubahasa didalam kes ini memandangkan kedua-dua perayu faham bahasa Melayu.

2.0 DAPATAN

2.1 Fakta Kes

Dalam kes ini, seorang lelaki berbangsa Melayu yang berkerja sebagai seorang jurutera di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur telah ditemui mati tertanam di dalam sebuah rumah bernombor 31, Taman Desa Bintang di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Rumah tersebut merupakan milik pasangan penjual kain berbangsa India dan isterinya yang juga merupakan penduduk tetap berasal dari Nepal. Pasangan tersebut telah ditahan pada 23 Mac 2009 dan mengaku tidak bersalah semasa pertuduhan dibacakan di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Mac 2009. Pada 25 Februari 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati mereka sabit bersalah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap kedua-dua tertuduh. Kedua-dua tertuduh membuat rayuan untuk mengenepikan hukuman mati yang dijatuhkan atas mereka tidak waras semasa pembunuhan dilakukan. Mereka menggunakan alasan tersebut dan minta hukuman ditarik balik oleh Mahkamah Rayuan.

2.2 Mangsa.
Mangsa ialah seorang jurutera kanan di JKR Kuala Lumpur, lelaki berumur 46 tahun dan merupakan seorang jutawan memandangkan mangsa memang berasal daripada keluarga yang kaya.

2.3 Saksi
Dalam kes ini, beberapa saksi dipanggil bagi memberikan keterangan. Saksi utama ialah Dr. Jayagethan Murugatal, pakar psikiatri dari Hospital Kuala Lumpur yang membuat pengesahan mental terhadap parayu.

2.4 Tempat
Kejadian berlaku di sebuah rumah kosong bernombor 31 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Rumah ini sudah hampir 5 tahun terbiar dipercayai akibat pemiliknya berpindah ke Australia.

2.5 Bahan bukti
Pihak polis berjaya menemui senjata pembunuhan iaitu sebilah pedang samurai, buku lima, dan cangkul yang dipercayai digunakan untuk membunuh dan menanam mangsa. Pihak pendakwaan turut mengeksibitkan laporan kimia dan laporan kesihatan perayu sebagai bahan bukti.

2.6 Urutan kejadian
18 Mac 2009       : Mangsa telah berurusan dengan perayu di kedai kain dan menandatangani satu kontrak membekalkan kain rentang untuk JKR.
19 Mac 209         : Perayu membekalkan barangan seperti yang dijanjikan dan memohon bayaran segera daripada mangsa. Mangsa tidak dapat membayar kerana menunggu bayaran daripada pihak kerajaan. Perayu yang tidak faham tentang hal ini marah dan pulang selepas berlaku pertengkaran.
20 Mac 2010       : Perayu telah mengajak mangsa berbincang di rumah kosong tersebut di mana mangsa ditemui mati. Mangsa diminta membayar dahulu 30% harga kain iaitu sebanyak RM 4500.00.
21 Mac 2010       : Mangsa dilaporkan tidak pulang kerumah dan isteri mangsa membuat laporan polis. Pada malam itu pihak polis menjumpai mayat mangsa tertanam di banglo di mana mangsa dan perayu berjumpa.

2.7 Pertuduhan
Kedua-dua perayu telah dituduh dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati mandatori. Hukuman telah dijatuhkan dan kini mereka merayu kepada Mahkamah Rayuan di Putrajaya.



2.8 Hujah Pendakwa Raya
Timbalan Pendakwa Raya menyoal saksi utama, pakar psikiatri dari Hospital Kuala Lumpur. Menurut laporan kesihatan, kedua-dua perayu adalah bebas daripada sebarang masalah mental dan berkeadaan baik semasa pembunuhan dilakukan.
Pihak Pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada ujian psikologi yang dijalankan dan mengemukakan laporan kesihatan sebagai eksibit dalam kes pendakwaan semasa di peringkat perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
Keadaan mental yang baik seperti yang dilaporkan oleh pakar psikiatri adalah tepat dan Pihak Pendakwaan mohon kepada mahkamah agar mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi.
2.9 Hujah Penguambela
Peguambela perayu telah menimbulkan isu ketelusan dalam proses pemeriksaan mental perayu memandangkan semasa pemeriksaan dilakukan, peguam perayu tidak dibenarkan berada di samping perayu.
Perayu juga bukanlah merupakan satu-satunya yang menjalankan ujian pada hari tersebut. Kemungkinan sampel yang diambil daripada perayu telah tertukar memandangkan keadaan sibuk di makmal HKL.
2.10      Keputusan
Rayuan kedua-dua tertuduh telah ditolak oleh mahkamah. Mahkamah memberi alasan penghakiman bahawa setiap pemeriksaan yang dilakukan oleh hospital kerajaan adalah telus dan pihak hospital tidak mempunyai apa-apa kepentingan untuk membuat analisa yang tidak jujur terhadap keadaan mental perayu.
Kedua-dua perayu hanya terdiam setelah hukuman dibacakan dan seketika kemudian polis membawa keluar perayu daripada mahkamah dan membawa mereka ke Penjara Sungai Buloh untuk menunggu hukuman dijalankan. Perayu sempat memberitahu wartawan bahawa mereka akan merayu ke Mahkamah Persekutuan melalui peguam mereka.

3.0 KESIMPULAN
Kesimpulan daripada kes ini, Yang Arif Hakim Mahkamah Rayuan telah bertindak wajar mendengar hujahan kedua-dua belah pihak dan memanggil pakar untuk memberikan keterangan. Keputusan Hakim mengekalkan hukuman menunjukkan bahawa setiap laporan yang dikemukakan pihak hospital kerajaan adalah tepat dan tiada sebab untuk diragui. Hukuman yang setimpal yang dijatuhkan amat wajar sebagai pengajaran kepada orang awam.

Laporan disediakan oleh,


(NIK SAIFUL ADLI BIN BURHAN)
Tarikh:            28 Ogos 2010

No comments:

Post a Comment