Monday 12 September 2011

ANALISIS PERBANDINGAN TEKS TERJEMAHAN TAJUK TEKS: “MAHKAMAH TINGGI PUTUSKAN SULTAN TIDAK BOLEH PECAT MENTERI BESAR”


TAJUK TUGASAN :
ANALISIS PERBANDINGAN TEKS TERJEMAHAN

TAJUK TEKS:
“MAHKAMAH TINGGI PUTUSKAN SULTAN TIDAK BOLEH PECAT MENTERI BESAR”
OLEH:
MOHD ZAMRE BIN MOHD ZAHIR       

1.0              PENGENALAN
Kertas Laporan Analisis Perbandingan Teks Terjemahan ini bertujuan untuk menganalisa tentang kaedah-kaedah penterjemahan yang digunapakai oleh para penterjemah di dalam teks pilihan yang telah diterjemahkan. Dengan laporan ini, adalah diharap agar pemahaman yang lebih mendalam dapat diperoleh dengan mengenalpasti jenis kaedah yang telah digunakan dalam proses penterjemahan teks pilihan. Kami telah memilih teks di dalam laras undang – undang mengenai artikel bertajuk “Mahkamah Tinggi Putuskan Sultan Tidak Boleh Pecat Menteri Besar” dipetik daripada sumber BERNAMA melalui laman sesawang http://www.scribd.com/doc/52814454/Mahkamah-Tinggi-Putuskan-Sultan-Tidak-Boleh-Pecat-Menteri-Besar-19-Mei-2009 bertarikh 19 Mei 2009. Bahasa sumber teks ini adalah bahasa Melayu dan bahasa sasarannya adalah bahasa Inggeris.

DEFINISI TERJEMAHAN
Takrif “terjemahan” dari segi sejarah boleh dilihat daripada perkataan “terjemah” berasal daripada perkataan Arab “tarjamah” yang membawa maksud mentafsirkan perkataan dengan mengunakan perkataan dalam bahasa yang lain. Maksud moden perkataan terjemah boleh dilihat di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat di mana kamus tersebut mendefinisikan perkataan terjemah sebagai “... pindahan (karangan dan lain-lain) daripada suatu bahasa ke suatu bahasa yang lain...”.
Di samping itu, secara literalnya, penterjemahan boleh dikatakan sebagai teknik menggantikan perkataan-perkataan daripada satu bahasa ke bahasa yang lain. Definisi terjemahan harus dilihat daripada sudut yang menyeluruh supaya ianya jelas kepada mereka yang ingin tahu akan maksud sebenar terjemahan.
Terdapat pelbagai jenis definisi yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh penterjemahan, walaubagaimanapun, definisi yang paling tapat dalam konteks terjemahan moden adalah yang telah disuarakan oleh Eugene A. Nida di mana beliau mengatakan bahawa terjemahan merupakan penyalinan semula ke dalam bahasa penerima maklumat daripada bahasa asal dalam bentuk persamaan terdekat dan bersahaja, pertama dari segi makna dan kedua dari segi gayanya.
Terjemahan jenis bersahaja ini disebut sebagai terjemahan dinamis dan takrif terjemahan oleh Eugene A. Nida telah diterima pakai oleh segenap lapisan masyarakat yang mempraktikkan kerja-kerja penterjemahan. Terjemah dari segi menyeluruh dan bersahaja ini memberi kesan di mana pembaca tidak dapat membezakan atau mengenalpasti sama ada teks yang dibaca merupakan teks terjemahan atau tidak.
  PROSES MENTERJEMAH
Menurut Newmark (1988), penterjemahan melibatkan tiga proses asas iaitu penafsiran dan analisis teks bahasa sumber yang diikuti oleh prosedur terjemahan.  Prosedur terjemahan mungkin bersifat langsung atau berdasarkan struktur sintaksis yang sepadan bagi bahasa sumber (BS) dan bahasa penerima (BT), atau menerusi ‘antara bahasa’ yang asas dan logik. Proses yang terakhir ialah penulisan semula teks dalam hubungannya dengan tujuan penulis, harapan pembaca, dan norma yang sesuai bagi bahasa penerima dan sebagainya.
Langkah pertama untuk menterjemahkan sesuatu teks ialah menganalisis teks tersebut untuk mengetahui dan memahami isi kandungan teks tersebut. Pada peringkat ini, penguasaan bahasa sumber yang baik sangat penting.
Pemindahan warta merupakan proses kedua yang terpenting dalam terjemahan. Proses ini perlu dilakukan secara berhati-hati. Pada tahap ini maklumat dan maksud yang diperoleh dalam proses analisis tadi dipindahkan ke dalam bahasa sasaran.  Hanya penterjemah sahaja yang mengetahui cara warta yang dihasilkan itu hendak dipindahkan kepada bahasa penerima.
Setelah membuat analisis dan beberapa penyesuaian dalam proses pemindahan, maka maklumat yang hendak disampaikan itu distruktur semula dalam bahasa sasaran. Penstrukturan semula bergantung pada pelbagai gaya bahasa yang dianggap sesuai, ciri-ciri utama pada gaya bahasa dan kaedah yang dapat digunakan sesuai dengan konteks penggunaan bahasa yang dikehendaki. Gaya bahasa yang digunakan hendaklah memudahkan pembaca memahami terjemahan. Supaya struktur cerita cepat difahami dan tidak membosankan.
Setelah selesai melakukan penstrukturan semula, sesebuah terjemahan masih belum dikatakan benar-benar baik. Langkah selanjutnya yang perlu diambil ialah menyemak semula. Perkara yang perlu diperhatikan semasa menyemak semula terjemahan ialah memastikan ketepatan dan kejelasan maklumat yang ingin disampaikan  semula dalam teks yang telah diterjemahkan.
  
   SINOPSIS TEKS
Kami telah memilih teks di dalam laras undang – undang mengenai artikel bertajuk “Mahkamah Tinggi Putuskan Sultan Tidak Boleh Pecat Menteri Besar” dipetik daripada sumber BERNAMA melalui laman sesawang http://www.scribd.com/doc/52814454/Mahkamah-Tinggi-Putuskan-Sultan-Tidak-Boleh-Pecat-Menteri-Besar-19-Mei-2009 bertarikh 19 Mei 2009.
Teks ini menerangkan Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari jawatannya kerana beliau (menteri besar) tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda. Hakim Abdul Aziz berkata Sultan bertindak atas nasihat kecuali dalam perkara di mana Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan bahawa Baginda boleh bertindak atas budibicara baginda semata-mata.
Sultan kemudian meminta Mohammad Nizar meletak jawatan menteri besar dan Zambry mengangkat sumpah selepas mengisytiharkan bahawa Barisan Nasional mempunyai majoriti di dewan undangan negeri. Mahkamah Rayuan, pada 12 Mei 2009, membenarkan perintah penangguhan keputusan itu kepada Zambry dan menetapkan untuk mendengar bersama permohonan Mohammad Nizar mengetepikan perintah penangguhan.
Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz juga berkata beliau tidak meragui bahawa Sultan mempunyai budibicara mutlak berhubung pelantikan menteri besar dan tidak memperkenan permintaan bagi pembubaran dewan undangan negeri.

2.0              ANALISIS PERBANDINGAN TEKS TERJEMAHAN
KAEDAH – KAEDAH TERJEMAHAN
Umumnya terdapat dua kaedah penterjemahan iaitu kaedah lama dan kaedah baru. 
KAEDAH LAMA:
Mengikut kaedah lama, penterjemahan ditumpukan pada persamaan bentuk teks terjemahan dengan teks asal. Aspek seperti format, rima rentak, bunga bahasa dan ciri-ciri kebahasaan yang khusus dalam teks asal cuba dikekalkan supaya terjemahan yang dihasilkan menyamai bentuk teks asal. Kaedah lama ini mementingkan persamaan formal. Terdapat tiga (3) kaedah lama iaitu pinjaman (borrowing), calque dan literal.
1.      Kaedah Pinjaman
Pinjaman kata berlaku hasil daripada pertembungan bahasa. Bloomfiled membahagikan peminjaman kata kepada tiga iaitu Peminjaman budaya,peminjaman intimate, dan peminjaman dialek.
Peminjaman budaya berlaku apabila sempadan setiap komuniti berhubungan dengan sempadan geografi dan politik.Peminjaman intimate berlaku apabila kedua-dua bahasa yang terlibat digunakan dalam domain politik yang sama. Peminjaman dialek pula lebih umum sifatnya kerana anggota-anggota daripada masyarakat yang berbeza berhubungan antara satu sama lain.
Keadah pinjaman digunakan terutamanya apabila sesuatu unsur itu tidak wujud atau tiada padanan yang sesuai di dalam bahasa sasaran. Selain itu, kaedah ini diamalkan untuk menimbulkan sifat-sifat khusus dalam sesebuah teks. Kata ini dipinjam terus dan ditulis miring dalam teks dan kaedah ini dikenali sebagai kata pinjaman tulen tidak asimilasi.Terdapat juga kata-kata yang sudah lama diserap ke dalam bahasa melayu sebagai kata pinjaman dan kaedah ini dikenali sebagai kata pinjaman tulen asimilasi lengkap kerana berlakunya penyesuaian ortografi dan telah lama diasimilasikan dalam budaya bahasa melayu hingga tidak terasa asing dengan lidah melayu.
                        Contoh – contoh:
Teks Sumber
Teks Sasaran
1.      “…Sultan...”
“…Sultan...”
2.      “…Menteri Besar …”
“…Menteri Besar …”

3.      “…Perak…”
“…Perak…”

Perkataan “Sultan” dan “Menteri Besar” memang di gunakan di dalam teks terjemahan ini dan di pinjam secara terus dari teks sumber. Manakala perkataan “Perak” merupakan kata nama khas dan tidak boleh diubah kerakan Perak merujuk kepada negeri Perak Darul Ridzuan.
2.      Kaedah Calque
Kaedah claque juga dikenali kaedah loan. Struktur bahasa asal atau ayat asal dikekalkan, tetapi bahasa diterjemahkan. Ia juga berkait dengan peminjaman unsur budaya (culture borrowing).
Contoh – contoh:
Teks Sumber
Teks Sasaran
1.      “…Dewan Undangan Negeri …”
“…State Legislative Assembly …”
                                   
            Perkataan “Dewan Undangan Negeri” di terjemah secara kaedah calque, struktur di mana perkataan tersebut di terjemah ke dalam bahasa sasaran sambil ayat asal dikekalkan, tetapi bahasa diterjemahkan.
3.      Kaedah Literal
Kaedah ini digunakan dengan menterjemahkan dengan menggantikan perkataan atau frasa dalam ayat tanpa perlu melakukan perubahan yang besar terhadap kedudukan struktur atau susunannya. Ia dilakukan secara perkataan demi perkataan, satu persatu (harfiah) dan secara terus dan mengikut kesesuaian. Ini bermakna setiap perkataan dalam bahasa sumber dapat digantikan dengan persamaannya dalam bahasa sasaran dan pada masa yang sama sturktur ayat bahasa sumber dipindahkan ke dalam bahasa sasaran tanpa perubahan besar.
                        Contoh – contoh:
Teks Sumber
Teks Sasaran
1.      “Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin …”
“Sultan of Perak Sultan Azlan Shah cannot dismiss Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin...”

2.      tidak memegang jawatan …”

“…does not hold office …”

3.      “Kedua-dua pihak, bagaimanapun,..”
Both sides, however,..”
4.      “Mohammad Nizar, dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac...”
Mohammad Nizar, was appointed menteri besar on March 17...”

Perkataan – perkatan di atas di terjemah secara kaedah literal di mana setiap perkataan diterjemah satu persatu (harfiah) dan secara terus dan mengikut kesesuaian.
  KAEDAH BARU:
Kaedah baru sama - sekali berbeza dengan kaedah lama kerana kaedah baru mengutamakan reaksi pembaca atau kesan terhadap pembaca selepas membaca teks sasaran. Terdapat tujuh (7) kaedah baru iaitu transposisi (transposition), modulasi (modulation), persamaan (similarity), adaptasi (adaptation), penyamaan atau padanan fungsian (functional equivalence), pengembangan (expansion) dan generalisasi (generalization).
Kaedah baru menitikberatkan persamaan dinamik dan disebut sebagai Terjemahan Kaedah Dinamik. Berdasarkan dua kaedah utama tersebut iaitu kaedah baru dan kaedah lama, Vinay dan dua orang pakar penterjemahan telah mengutarakan beberapa kaedah iaitu:
4.      KaedahTransposisi
Kaedah tranposisi merupakan kaedah terjemahan yang mengubah kedudukan frasa atau klausa dan golongan kata dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud warta atau maklumat.
Terdapat dua jenis kaedah tranposisi iaitu :
1.      Kaedah transposisi golongan kata merupakan kaedah terjemahan yang menggantikan kelas sesuatu kata atau elemen dan bahasa sumber dengan kelas kata atau elemen yang lain dalam bahasa sasaran yang mempunyai makna yang sama tetapi tidak mengubah mesej secara keseluruhan.
2.      Kaedah tranposisi dari segi struktur kata melibatkan kaedah yang menukar struktur tatabahasa bahasa sumber dalam bahasa sasaran tanpa megubah maksud warta.

Contoh – contoh:
Teks Sumber
Teks Sasaran
1.      “Dalam penghakiman 78-muka yang dikeluarkan …”

In his 78-page judgment released …”

                                   
            Perkataan tersebut telah di terjemah secara transposisi di mana susunan penggunaan ayat “Dalam penghakiman 78-muka yang dikeluarkan …” diterbalikkan dan menyebabkan perubahan kepada struktur perkataan di dalam teks terjemahan ini iaitu “In his 78-page judgment released …”.

No comments:

Post a Comment