Monday, 12 September 2011

ANALISIS KESALAHAN BAHASA


ANALISIS KESALAHAN BAHASA BAGI ARTIKEL.
Artikel yang dikaji dan dianalisis bertajuk “Pertukaran Agama: Hak Penjagaan Anak- Isu Dan Masalah”. Artikel ini ditulis oleh Noor Aziah Haji Mohd Awal. Artikel ini dipetik dari “The Malayan Law Journal Articles”, tahun 2004, volume 3.  

1.0       PENGENALAN
Artikel yang dikaji dan dianalisis bertajuk “Pertukaran Agama: Hak Penjagaan Anak- Isu Dan Masalah”. Artikel ini ditulis oleh Noor Aziah Haji Mohd Awal. Artikel ini dipetik dari “The Malayan Law Journal Articles”, tahun 2004, volume 3. 
Pertamanya, tugasan ini dilakukan bagi menganalisis unsur-unsur perkataan seperti  aspek-aspek ejaan, tanda baca, penggunaan kata majmuk, kata hubung, kata sendi dan lain-lain lagi. Kebanyakan kesalahan ini ialah kesalahan penggunaan imbuhan kata kerja men-, ter-, di-, memper-, -kan. Dari segi perbendaharaan kata, kesalahan sering berlaku apabila penggunanya sering menggunakan perbendaharaan kata yang tidak tepat dengan struktur ayat kerana kurang penguasaan perbendaharaan bahasa pertama. Keduanya, kita akan menganalisis kesalahan dari aspek struktur ayat. Ia bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat

2.0       ANALISIS TEKS
2.1       Pendahuluan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, analisis kesalahan bahasa bermaksud penghuraian atau pengupasan sesuatu perkara utk mengetahui selok-beloknya, buruk dan baiknya atau mengkaji suatu perbuatan yg salah atau apa-apa yg salah dalam suatu  kata-kata yg disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dlm percakapan atau tulisan. Corder (1990:62) menguatkan pernyataan tersebut dengan mengatakan bahawa semua orang yang belajar bahasa pasti tidak luput daripada berbuat kesalahan.
Bab ini menganalisis kesalahan bahasa berdasarkan satu teks artikel undang-undang dari aspek unsur perkatan dan struktur ayat. Bagi aspek unsur perkatan atau juga dikenali sebagai aspek morfologi, terdapat beberapa kesalahan bahasa yang dapat dikesan antaranya kesalahan dari segi ejaan, kesalahan penggunaan kata sendi nama, kesalahan penggunaan imbuhan, kesalahan penggunaan kata hubung, kesalahan penggunaan kata pemeri “ialah” dan “adalah” dan  kesalahan penggunaan kata yang tidak tepat. Manakala bagi aspek kesalahan sintaksis pula lebih tertumpu kepada kesalahan struktur ayat.
2.2        Aspek Kesalahan Unsur Perkataan
Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Kesalahan aspek unsur perkatan atau juga dikenali sebagai aspek morfologi, merupakan aspek kesalahan yang paling banyak dilakukan. Kebanyakan kesalahan ini ialah kesalahan penggunaan imbuhan kata kerja meN-, ter-, di-, memper-, -kan. Dari segi perbendaharaan kata, kesalahan sering berlaku apabila penggunanya sering menggunakan perbendaharaan kata yang tidak tepat dengan struktur ayat kerana kurang penguasaan perbendaharaan bahasa pertama.
2.2.1        Kesalahan dari segi ejaan
2.2.1.1 Kesalahan ejaan “berbila”: (Perenggan 1, Baris 1)
Salah: berbila
Contoh yang betul: berbilang
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan pada unsur perkataan “berbila”. Perkataan yang lebih tepat adalah “berbilang”. Ia bagi menunjukkan kepelbagaian kaum di Malaysia seperti “berbilang kaum”.
2.2.1.2 Kesalahan ejaan “di ma-mana”: (Perenggan 2, Baris 4)
Salah: “di ma-mana”
Contoh yang betul: “di mana-mana”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan pada unsur perkataan “di ma-mana”. Perkataan yang lebih tepat adalah “dimana-mana” bagi menunjukkan tempat seperti “agama boleh diamalkan dimana-mana bahagian Persekutuan”.
2.2.1.3 Kesalahan ejaan “unda-undang”: (Perenggan 3, Baris 5)
Salah: “unda-undang”
Contoh yang betul: “undang-undang”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan kata nama “unda-undang. Perkataan ini tidak membawa sebarang maksud. Perkataan yang betul adalah “undang-undang” misalnya “undang-undang keluarga”.
2.2.1.4 Kesalahan ejaan “berkaiatan” (Perenggan 5, Baris 2)
Salah: “berkaiatan”
Contoh yang betul: “berkaitan”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan ejaan “berkaiatan” yang tidak membawa sebarang maksud. Perkataan yang tepat adalah “berkaitan seperti “hal-hal yang berkaitan dengannya”.
2.2.1.5 Kesalahan ejaan “ya” (Perenggan 5, Baris 7)
Salah: “ya”
Contoh yang betul: “yang”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan ejaan “ya”. Perkataan yang lebih tepat adalah “yang” sebagai kata hubung tidak setara yang perlu digunakan bagi ayat “perkara-perkara yang melibatkan orang Islam” seperti yang ditulis oleh penulis.
2.2.1.6 Kesalahan ejaan “ha” (Perenggan 8, Baris 8)
Salah: “ha”
Contoh yang betul: “hanya”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan ejaan “ha”. Perkataan yang lebih tepat adalah “hanya” yang perlu digunakan sebagai perkataan bagi ayat “Per 121(1A) hanya mula berkuatkuasa…”
2.2.1.7 Kesalahan ejaan “sesaorang” (Perenggan 9, Baris 8)
Salah: “sesaorang”
Contoh yang betul: “seseorang”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan ejaan “sesaorang”. Perkataan yang lebih tepat adalah “seseorang” yang perlu digunakan sebagai perkataan bagi ayat “seseorang itu masih Islam…”
2.2.1.8 Kesalahan ejaan bagi penggunaan kata tanya “Bagaimanakan” (Perenggan 12, Baris 15)
Salah: “Bagaimanakan”
Contoh yang betul: “Bagaimanakah”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan ejaan bagi penggunaan kata Tanya “Bagaimanakan”. Perkataan yang lebih tepat adalah “Bagaimanakah” yang perlu digunakan sebagai perkataan bagi melengkapkan ayat yang berbentuk pertanyaan seperti “Bagaimanakah isu pemeliharaan anak, nafkah dan harta boleh diselesaikan?”
2.2.1.9 Kesalahan ejaan “seterus” (Perenggan 16, Baris 9)
Salah: “seterus”
Contoh yang betul: “seterusnya”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan ejaan “seterus” dan perlu digantikan dengan perkataan “seterusnya” demi memelihara maksud ayat yang lebih mantap.
2.2.1.10 Kesalahan ejaan “a” (Perenggan 18, Baris 1)
Salah: “a”
Contoh yang betul: “anak”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan ejaan “a” dan perlu digantikan dengan perkataan “anak” demi memelihara maksud ayat yang lebih mantap seperti “isu hak penjagaan anak…..”
2.2.1.11 Kesalahan ejaan kata nama khas “Shamala” (Perenggan 26, Baris 2)
Salah: “Shamala”
Contoh yang betul: “Sharmala”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan ejaan kata nama khas bagi manusia iaitu “Shamala” dan perlu digantikan dengan perkataan “Sharmala” demi merujuk kepada pihak plaintiff yang sepatutnya iaitu Sharmala a/p Sathiyaseelan.
2.2.1.12Kesalahan ejaan kata nama khas “Rasulllah” (Perenggan 32, Baris 3)
Salah: “Rasulllah”
Contoh yang betul: “Rasulullah”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan ejaan kata nama khas iaitu “Rasulllah” dan perlu digantikan dengan perkataan “Rasulullah”.

2.2.2        Kesalahan penggunaan kata hubung
2.2.2.1 Kesalahan penggunaan kata “yang mana” (Perenggan 1, Baris 2)
Salah: “yang mana”
Contoh yang betul: digantikaan dengan perkataan “iaitu”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan dua kata hubung iaitu “yang mana”. Kedua-dua kata hubung tidak boleh digabungkan dalam satu ayat. Ia perlu digantikan dengan perkataan “iaitu”. Kesilapan ini sering terjadi apabila penulis menulis artikel dengan menggantikan perkataan bahasa Inggeris seperti “which” kepada bahasa Melayu secara langsung atau lebih dikenali sebagai “direct translation”.
2.2.3    Kesalahan penggunaan kata majmuk
2.2.3.1 Kesalahan penggunaan kata majmuk “campurtangan”
(Perenggan 5, Baris 5)
Salah: “campurtangan”
Contoh yang betul:”campur tangan”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan pada penggunaan kata majmuk yang tidak dijarakkan antara dua perkataan.
2.2.3.2 Kesalahan penggunaan kata majmuk “bidangkuasa” (Perenggan 5, Baris 6)
Salah: “bidangkuasa”
Contoh yang betul: “bidang kuasa”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan pada penggunaan kata majmuk yang tidak dijarakkan antara dua perkataan.

2.2.3.3 Kesalahan penggunaan kata majmuk “puashati”: (Perenggan 17, Baris 3)
Salah: “puashati”
Contoh yang betul: “puas hati”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan pada penggunaan kata majmuk yang tidak dijarakkan antara dua perkataan.

2.2.4    Kesalahan penggunaan tanda baca
2.2.4.1 Kesalahan penggunaan tanda baca bagi kata nama khas “makamah syariah”(Perenggan5, Baris7)
Salah: “mahkamah syariah”
Contoh yang betul: “Mahkamah Syariah”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan tanda baca iaitu setiap kata nama khas, mestilah ditulis dalam huruf besar padan pangkal perkataannya.
2.2.5   Kesalahan penggunaan kata jamak
2.2.5.1 Kesalahan penggunaan kata jamak “semua kes-kes”:
(Perenggan6, Baris7)
Salah: “semua kes-kes”
Contoh yang betul: “semua kes” atau “kes-kes”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan kata jamak “semua kes-kes”. Perkataan jamak hanya boleh diguna sekali sahaja dan tidak boleh berulang-ulang. Penulis hanya boleh menggunakan perkataan “semua kes” atau “kes-kes” dalam satu masa.

2.3        Aspek Kesalahan Struktur Ayat
Kesalahan struktur ayat atau juga dikenali sebagai sintaksis pula ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Kesalahan sintaksis merupakan kesalahan binaan bahasa yang menyimpang daripada struktur ayat yang betul dalam sesuatu bahasa. Kesalahan ini termasuklah kesalahan klausa dan ayat yang disebabkan oleh kejanggalan dan ketidakgramatisan.
2.3.1        Kesalahan struktur ayat
2.3.1.1 Ayat pertama: (Perenggan 3, Baris 2)
Salah: Kertas ini akan cuba melihat kepada masalah pertukaran agama dan isu-isu yang berkaitan dengannya”.
Contoh yang betul: Penulis akan cuba melihat kepada masalah pertukaran agama dan isu-isu yang berkaitan dengannya”.
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan struktur ayat dengan menyatakan “kertas” di hubungkan dengan penggunaan kata kerja “melihat”. Ini adalah disebabkan kertas (benda) tidak boleh melihat melainkan manusia.
2.3.1.2 Ayat kedua (Perenggan 8, Baris 5)
Salah: In the event of any inconsistency or conflict between this Act and any other written law other than the Constitution in force at the commencement of this Act, the provisions of this Act shall prevail.
Contoh yang betul: In the event of any inconsistency or conflict between this Act and any other written law other than the Constitution in force at the commencement of this Act, the provisions of this Act shall prevail.-“Italic”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan struktur ayat dengan menggunakan ayat bahasa inggeris tanpa membuat tanda pembuka dan penutup kata “……” atau ‘italic’ ayat tersebut.

2.3.1.3 Ayat ketiga (Perenggan 10, Baris1)
Salah: “Dari di atas” suatu perkahwinan orang bukan Islam hanya boleh dibubarkan melalui kematian
Contoh yang betul: “bagi”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan kata sendi nama (dari) dan digabungkan dengan perkataan ke atas. Perkataan yang lebih sesuai untuk diganti ialah “bagi” seperti “bagi” suatu perkahwinan orang bukan Islam hanya boleh dibubarkan melalui kematian….”

2.3.1.4 Ayat keempat: (Perenggan 14, Baris 1)
Salah: “Pertukaran Agama dan Hak Penjagaan Anak (Hadanah)Isu ini sangat penting kerana ia melibatkan satu pihak yang tidak berdosa….”
Contoh yang betul: “Pertukaran Agama dan Hak Penjagaan Anak (Hadanah)menunjukkan isu ini sangat penting kerana ia melibatkan satu pihak yang tidak berdosa……”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan struktur ayat dengan menyambungkan perkataan hadanah dan isu tanpa struktur yang betul. Ayat ini boleh diperbetulkan dengan meletakkan perkataan “menunjukkan” di antara perkataan “Hadanah” dan “Isu”. Apabila ayat ini disambung, maka tanda baca perkataan “Isu” perlu ditulis dalam huruf kecil seperti “isu”.

2.3.1.5 Ayat kelima: (Perenggan 14, Baris 3)
Salah: “Mahkamah Syariah sering juga memasuk campur dalam memutuskan kes hadanah anak-anak…’
Contoh yang betul: “Mahkamah Syariah sering juga masuk campur bagi memutuskan kes hadanah anak-anak…’
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan struktur ayat dengan menambah imbuhan “me-” dalam perkataan “memasuk” dan menggunakan perkataan “dalam” bagi ayat yang tidak menunjukkan tempat.

2.3.1.6 Ayat keenam: (Perenggan 18, Baris 2)
Salah: Yang menjadi masalah ialah apabila salah satu pihak dari perkahwinan bukan Islam menganut Islam….”
Contoh yang betul: “Masalahnya ialah apabila salah satu pihak dari perkahwinan bukan Islam menganut Islam….”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan struktur ayat dengan menggunakan kata hubung tidak setara, “yang” di awal ayat. Kata hubung tidak setara ini perlu digunakan ketika penulis ingin menghubungkan satu perkataan dengan perkataan yang lain dan sewaktu menggunakan klausa yang tidak sama. Kemudian perkataan “yang” perlu ditulis dalam huruf kecil dan tidak sepatutnya diletakkan pada awal-awal ayat.  
3.0       KESIMPULAN
Pada pandangan saya, berdasarkan kepada analisis teks daripada artikel undang-undang diatas, maka dapat disimpulkan disini bahawa penulis sering melakukan kesalahan bahasa yang sama dalam penulisan beliau. Antara kesalahan bahasa yang sering dilakukan adalah kesalahan dari aspek morfologi iaitu kesalahan dari segi ejaan, kesalahan penggunaan imbuhan dan kesalahan penggunaan kata yang tidak tepat.
Kesalahan dari aspek sintaksis juga banyak dilihat dalam artikel undang-undang ini iaitu kesalahan dari segi struktur ayat. Ayat-ayat dalam artikel ini kebanyakkannya diambil daripada bahasa Inggeris dan kemudiannya di terjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
Kesimpulannya, kesalahan bahasa yang sering dilakukan oleh penulis bukanlah suatu perkara yang baru kerana kesalahan ini juga turut dilakukan oleh pentadbir dan pengamal undang-undang yang lain. Pengaruh bahasa Inggeris yang digunakan dalam pendekatan undang-undang telah menyebabkan bahasa Melayu itu sendiri di ketepikan secara sedikit demi sedikit. 

1 comment: